Category Archives: GrabBike

Kadar Tol PLUS turun 18 peratus

Kadar Tol PLUS turun 18 peratus

Tol Sungai Besi

Kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (PLUS) akan diturunkan 18 peratus dari hari pertama Feb 2020. Ini adalah satu perkara yang bagus bagi semua pengguna Lebuhraya Plus.

Lebuhraya yang terlibat adalah:
North-South Expressway (NSE)
New Klang Valley Expressway (NKVE),
North-South Expressway Central Link (NSECL)
ELITE Highway,
Malaysia-Singapore Second Link (LINKEDUA),
East Coast Highway 2 (LPT2),
Seremban-Port Dickson Highway (SPDH),
Butterworth-Kulim Expressway (BKE)
Penang Bridge (JPP)

Ini bermaksud Daripada Tol Seremban sampai Tol Sungai Besi akan jadi RM5.259 approx. daripada RM6.40. Jimat sebanyak RM1.20 sekali guna, ulang ali setiap hari akan menjimat RM2.40. Sebulan hari kerja 20hari, akan jimat sebanyak RM48.00.

Walaupun kita ingin menghabuskan tol-tol di Malaysia, dan belum dapat dijalankan, tetapi penurunan kadar tol ini sudah bagus pada masa sekarang. Harap lebih banyak aktiviti daripada kerajaan terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Terima Kasih.

Saman RM300 jika guna telefon bimbit semasa memandu

Saman RM300 jika guna telefon bimbit semasa memandu

Dari 18.1.2020 sampai 1.2.2020, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan mengerahkan lebih ramai pegawai di jalan raya bagi memantau pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu, dan akan mengambil tindakan keras terhadap pemandu yang melakukan kesalahan itu.

Kemalangan rate akan bertambah waktu perayaan. Kemalangan selalu berlaku kerana pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Kemalangan boleh dielakkan jikalau pemandu bagi perhatian penuh waktu memandu.

Saman akan dikenakan kepada semua pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu, atau waktu berhenti di lampu isyarat.

Tindakan tegas perlu bagi mengurangkan bilangan kemalangan yang disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit semasa memandu.