Category Archives: Event

Cara-cara untuk dapat Visa Kerja sambil cuti di New Zealand

Cara-cara untuk dapat Visa Kerja sambil cuti di New Zealand

Cuti-cuti sambil bekerja adalah cara yang paling bagus untuk bercuti di New Zealand. New Zealand sudah membuka permohonan working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia sampai quota dipenuhi, iaitu hanya 1150 visa setiap tahun.

Untuk dapatkan Visa Cuti Sambil Bekerja, anda perlu memenuhi kriteria atau isyarat isyarat berikut:

1. Anda hanya boleh bekerja selama 6bulan
2. Anda perlu mempunyai simpanan NZ$2,250
3. Anda tidak boleh terlibat dalam kerja haram atau seks
4. Anda perlu meninggal New Zealand sebelum Visa mati
5. Umur anda perlu diantara 18-30 tahun
6. Anda tidak boleh bekerja sebagai pekerja tetap

Jikalau anda memenuhi Kriteria atas, anda boleh klik link dibawah untuk memohon Visa Cuti Sambil Kerja di New Zealand.
https://www.immigration.govt.nz/new-zealand-visas/apply-for-a-visa/about-visa/malaysia-working-holiday-visa

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 menggunakan kad kredit atau kad debit. Jikalau anda yang berkeluarga, anda tidak dibenarkan membawa anak dan pasangan. Jikalau mahu membawa pasangan, dia perlu dapatkan visa sendiri berasingan.

Untuk warga Malaysia yang hendak memohon Visa Cuti Sambil Kerja di New Zealand. Ini adalah dokumen yang diperlukan.

Cara-cara untuk dapat Visa Kerja sambil cuti di New Zealand

Kadar Tol PLUS turun 18 peratus

Kadar Tol PLUS turun 18 peratus

Tol Sungai Besi

Kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (PLUS) akan diturunkan 18 peratus dari hari pertama Feb 2020. Ini adalah satu perkara yang bagus bagi semua pengguna Lebuhraya Plus.

Lebuhraya yang terlibat adalah:
North-South Expressway (NSE)
New Klang Valley Expressway (NKVE),
North-South Expressway Central Link (NSECL)
ELITE Highway,
Malaysia-Singapore Second Link (LINKEDUA),
East Coast Highway 2 (LPT2),
Seremban-Port Dickson Highway (SPDH),
Butterworth-Kulim Expressway (BKE)
Penang Bridge (JPP)

Ini bermaksud Daripada Tol Seremban sampai Tol Sungai Besi akan jadi RM5.259 approx. daripada RM6.40. Jimat sebanyak RM1.20 sekali guna, ulang ali setiap hari akan menjimat RM2.40. Sebulan hari kerja 20hari, akan jimat sebanyak RM48.00.

Walaupun kita ingin menghabuskan tol-tol di Malaysia, dan belum dapat dijalankan, tetapi penurunan kadar tol ini sudah bagus pada masa sekarang. Harap lebih banyak aktiviti daripada kerajaan terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Terima Kasih.