Category Archives: Family Issue

Husband of local famous food YouTuber arrested over armed attack on wife

Husband of local famous food YouTuber arrested over armed attack on wife

Husband of local famous food YouTuber arrested over armed attack on wife

Husband of local famous food YouTuber arrested over armed attack on wife. The drunk husband went to the hospital to attack the wife with a “sickle”. Based on the Oriental Daily News, suspect due to jealousy his wife’s fame over him.

They used to do cooking together and showing how they help each other in the way of cooking and youtube recording, they’re the lovely couple in the youtube, but now This news breakout and it destroy the image.


About Sugu Pavithra Youtuber

the couple who is known affectionately as Sugu Pavithra, post videos that basically consist of the two of them cooking various local dishes together, while Pavithra narrates cooking instructions in fluent Malay. The humble couple is extremely soft-spoken and polite in their videos. Pavithra has also shared that she and her husband chose to share simple recipes that use commonly found items so that more people can benefit from their videos.

What is the between LGBT, LGBTQ and Transvestite?

What is the between LGBT, LGBTQ and Transvestite?

What is the between LGBT, LGBTQ and Transvestite?

Before you move into the topic, we need to understand that every single human being on this earth have their own right to do their own thing without creating any trouble to others, or harm to others. As long as they do their own thing which do not directly or indirectly related to you, you and you should not give too much of attention on it, and move on to your own life.

If you’re ok with the topic, you can proceed for further reading. Continue reading

TEKS UCAPAN DR. RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN “PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID BUKAN KELAS PEPERIKSAAN AWAM” 1 JULAI 2020

TEKS UCAPAN DR RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

TEKS UCAPAN DR. RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN “PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID BUKAN KELAS PEPERIKSAAN AWAM” 1 JULAI 2020

TEKS UCAPAN DR RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Bersama-sama saya pada petang ini adalah kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pembukaan Semula Sekolah untuk Murid Kelas Peperiksaan dan Prasekolah/Tadika/Tabika

2. Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dan kita semua tidak pernah lalui situasi sebegini. Kita dapat lihat seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19. Tidak terkecuali negara kita. Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada sektor pendidikan. Sekolah terpaksa ditutup selama hampir 4 bulan di mana seramai lebih 5.7 juta orang murid tidak dapat hadir ke sekolah.

3. Dalam usaha memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau kaedah lain yang bersesuaian telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Terima kasih kepada guru atas kesungguhan melaksanakan tanggungjawab dan juga ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam menghadapi situasi yang sukar ini.

4. Kita semua telah berusaha melakukan yang terbaik walaupun terdapat pelbagai kekangan. Namun, kami sedar terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian. Kaedah Home-Based Learning adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa. Selain itu, ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad. Ini menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Home-Based Learning agak terhad jika dibandingkan dengan kaedah secara bersemuka.

5. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hubungan murid dengan sekolah juga akan terkesan kerana mereka telah terasing dari suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang. Kami yakin, murid, ibu bapa dan guru menyedari betapa perlunya sekolah dibuka semula bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.

6. Susulan itu, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekolah telah dibuka semula untuk murid kelas peperiksaan awam pada 24 Jun 2020 yang lalu. Hari ini, genap seminggu murid Tingkatan 5 dan 6 kembali ke sekolah dengan kehadiran yang memberangsangkan. Sejak sekolah dibuka, purata kehadiran murid di seluruh negara adalah 92.4%.

7. Hari ini juga merupakan hari pertama murid prasekolah, tabika dan tadika kerajaan serta swasta kembali ke sekolah. Alhamdulillah, anak-anak kita ini dapat kembali belajar secara bersemuka dengan kebiasaan baharu di sekolah.

8. Dari segi pemantauan, kami dapati semua sekolah mematuhi garis panduan. Guru dan murid nampaknya begitu teruja dan bersemangat ke sekolah. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) turut memberi dokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

9. Bagi memantau kesiapsiagaan sekolah, KPM telah menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) di peringkat Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kami sentiasa memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru dan warga sekolah sepanjang mereka berada di sekolah.

10. Di samping itu, Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah telah beroperasi mulai 17 Jun 2020. Petugas di bilik gerakan ini akan memberi penjelasan ke atas sebarang persoalan berkaitan pembukaan semula sekolah.
Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

11. Pada 10 Jun 2020, kami memaklumkan bahawa pembukaan semula sekolah bagi murid selain daripada kelas peperiksaan awam akan dilaksanakan secara berperingkat, berdasarkan nasihat KKM dan MKN.

12. Tentunya ibu bapa tertanya-tanya, bagaimanakah situasi persekolahan anak-anak apabila sekolah dibuka sepenuhnya kelak?

13. Untuk makluman, ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza. Setelah mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya. Oleh yang demikian, pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing.

14. Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

15. Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

16. Model kedua adalah Model Dua Sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

17. Model yang ketiga adalah Model Penggiliran. Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

18. Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

19. Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

20. Bagaimana pula model penggiliran bagi murid sekolah rendah? Murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap. Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.

21. Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

22. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya. Kemasukan Murid Sekolah Berasrama

23. Sudah tentu ada dalam kalangan ibu bapa atau penjaga bagi murid di sekolah berasrama yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka apabila tinggal di asrama kelak.

24. Usah khuatir, kami telah mendapatkan pandangan daripada KKM mengenai langkah-langkah keselamatan di asrama sekolah.

25. Pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Asrama yang mempunyai kapasiti yang mencukupi setelah mengambil kira penjarakan sosial akan beroperasi seperti biasa.

26. Manakala, bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad setelah mengambil kira penjarakan sosial, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama. Antara kekangan utama adalah penggunaan katil dua tingkat atau double decker.

27. Kami telah meneliti perkara ini bersama-sama KKM. Mengikut saranan KKM, pada peringkat awal kemasukan, murid hanya menggunakan katil bawah sahaja. Namun, selepas tempoh 14 hari, kumpulan murid baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan murid sedia ada di katil atas manakala murid baharu di katil bawah. Prosedur ini diteruskan sehingga semua murid dapat tinggal di asrama.

28. Setelah mengambil kira saranan KKM, secara umumnya, untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari daripada 24 Jun 2020. Tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan murid dan akan ditetapkan oleh pihak sekolah. Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam

29. Sudah pasti guru, murid dan ibu bapa tertanya-tanya bilakah tarikh pembukaan penuh sekolah.

30. Berdasarkan penilaian ke atas kesiapsiagaan dan persiapan pembukaan semula sekolah, kami yakin bahawa semua sekolah telah bersedia untuk dibuka semula. Pentadbir sekolah juga telah membuat perancangan teliti bagi menguruskan kemasukan murid sepenuhnya.

31. Namun, dalam membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, KPM sentiasa merujuk kepada KKM dan MKN. Berdasarkan situasi semasa penularan wabak COVID-19, KKM dan MKN bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

32. Setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

33. Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

34. Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.

35. Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM. Murid akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

36. Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

37. Kami juga banyak menerima pertanyaan bilakah pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka semula. KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Takwim Persekolahan
Saudara saudari,

38. Tahun 2020 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi KPM. Pandemik COVID-19 merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh yang demikian, penyelesaian untuk isu yang timbul sepanjang tempoh ini tentunya memerlukan pendekatan dan kaedah yang luar dari kebiasaan.

39. Sebagai contoh, meminda takwim persekolahan tahun 2020 merupakan satu cabaran yang amat besar bagi KPM. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Selama ini takwim persekolahan setiap tahun hampir sama coraknya. Namun tahun ini, keadaannya cukup berbeza.

40. Sepertimana saya jelaskan pada awal tadi, KPM mendapati pengajaran dan pembelajaran murid secara dalam talian dan secara Home-Based Learning adalah kurang berkesan berbanding secara bersemuka.

41. Dalam membuat keputusan yang kompleks sebegini, kami perlu merancang dengan teliti. Kami mesti melihat secara menyeluruh dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Perancangan yang dibuat tidak boleh hanya tertumpu untuk tahun ini sahaja. Ini kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi sebagai persediaan untuk tahun berikutnya.

42. Memandangkan peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama Januari 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar. Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

Ibu bapa, guru dan murid yang dikasihi,

43. Kami memohon jasa baik semua untuk sama-sama bekerjasama dengan KPM bagi memastikan pembukaan semula sekolah bagi semua murid akan dapat berjalan dengan lancar dan anak-anak kita dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat.

44. Percayalah, kami di KPM akan terus berikhtiar bersungguh- sungguh dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada kami untuk memastikan generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang terbaik. Setiap keputusan yang dibuat adalah bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa bagi memastikan usaha untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai.

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Sekian, terima kasih.

– TAMAT –
Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Julai 2020

Can You Claim Death Benefit Life Insurance Plan on Suicides case?

Can You Claim Death Benefit Life Insurance Plan on Suicides case?

In Malaysia, the 2017 National Health and Morbidity Study found there was a rising trend in suicide among youths aged 13 to 17, and in 2017 about 10 per cent had suicidal thoughts compared with 7.9 per cent in 2012. Study showed that the depression rate (among those in the age group) is 18.3%, where one in five has depression; two in five, anxiety; and one in 10 suffer from stress. Continue reading

Untold Secret of Will Writing (estate planning)

Untold Secret of Will Writing (estate planning)

We had discussed about the importance of Will Writing in previous post, where we understand why we need will writing so badly, and how is the correct way of writing it. We need to have it before our departure, before our last day, and the how we plan for our estate, our wealth.

We know about the do and don’t at importance of Will Writing.

But there are so many UNTOLD SECRET of WILL WRITING Continue reading