HENTI TUGAS SEPARA LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 BERIKUTAN INSIDEN PAIP AIR TERAWAT BOCOR

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 8.00 pagi, 18 Oktober 2020.
Dalam pada itu, bekalan air akan ditutup pada jam 9:00 malam ini dan akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor yang menerima bekalan air terawat dari LRA SSP1. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di loji beroperasi seperti biasa pada jam 2.00 petang, 18 Oktober 2020. Sila rujuk Lampiran A bagi kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, facebook dan instagram Air Selangor, atau laman sesawang kami www.airselangor.com.
Untuk senarai penuh kawasan gangguan, sila klik di AirSelangor.com

Communication Information Kuala Lumpur Local News Malaysia Malaysia News News