Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes Covid-19 cecah 3 angka

Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes Covid-19 cecah 3 angka

Sudah empat hari berturut-turut kes Covid-19 meningkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tidak memakai topeng muka ditempat awam. Kerajaan mungkin mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Jika semua orang masih tidak mengikut prosedur operasi standard, kes Covid-19 tidak akan menurun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika kes Covid-19 terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali lagi untuk mengehadkan pergerakan.

Setakat ini, merentasi negeri masih dibenarkan.

Adakah Rakyat Malaysia bersedia untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua?

Rakan Rakan sekalian, tolong memantuhi prosedur operasi standard, pakai topeng muka waktu di tempat awam. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.