PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 28 OGOS 2019

PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 28 OGOS 2019

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan telah meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa ketiga BSH 2019 akan dilaksanakan mulai 28 Ogos 2019 (Rabu).

MAKLUMAN TERKINI

  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.
  • MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.
  • Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
  • Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH 2019 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai 15 Februari 2019. Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2018 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
  • Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2019 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2019. Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2019 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2019 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2019.
  • Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019
    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
    1. Tarikh bayaran mulai 28 Januari 2019 bagi penerima BSH 2019 yang mendaftarkan Maklumat Akaun Bank semasa BSH 2018
    2. Surat Makluman Lulus BSH 2019 akan diposkan kepada penerima BSH 2019 yang tidak mendaftarkan Maklumat Akaun Bank berdasarkan alamat yang telah didaftarkan semasa BSH 2018 mulai 4 Februari 2019 bagi tujuan penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
    1. Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
    2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
    3. Warga emas sebatang kara
  • Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
    1. Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
    2. Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
    3. Bujang yang mempunyai tanggungan
  • Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
  • Maklumat BSH 2019 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
    1. Maklumat Syarat Kelayakan BSH 2019
    2. Permohonan melalui dalam talian
    3. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
    4. Borang Permohonan BSH2019 Yang Boleh Dimuat turun
    5. Panduan Pengguna Pengisian Borang
    6. Soalan Lazim (FAQ)

PERINGATAN

  • Berhati-hati dengan Penyamaran
    1. LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
  • MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.
  • LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.
  • LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  • Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
  • LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.
  • MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

  • Penerima BSH 2019 meninggal dunia mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2019
  1. Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 sebanyak RM1,000 layak diberi kepada waris yang didaftarkan semasa BSH 2018 bagi penerima Fasa Pertama BSH 2019
  2. Tuntutan boleh dibuat mulai 1 Februari 2019 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Penerima BSH 2019 meninggal dunia mulai 1 Februari 2019
    1. Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 sebanyak RM1,000 layak diberi kepada waris yang didaftarkan semasa BSH 2019 (permohonan yang diterima dari 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019) bagi:
    2. •  Penerima pembayaran Fasa Pertama dan lulus pembayaran Fasa seterusnya BSH 2019

  1. •  Permohonan baharu yang lulus BSH 2019

  • Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 di mana–mana Cawangan BSN seperti berikut:

  • Waris perlu membawa dokumen seperti berikut:
  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 telah ditutup

  • Kelewatan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 oleh waris tidak akan diluluskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.