PEMBAYARAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 30 SEPTEMBER 2019 KEPADA 220,000 PERAYU SEBANYAK RM120 JUTA

PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 28 OGOS 2019

PEMBAYARAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 30 SEPTEMBER 2019 KEPADA 220,000 PERAYU SEBANYAK RM120 JUTA

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) demi kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran rayuan BSH 2019 akan dilaksanakan mulai 30 September 2019 (Isnin). Perincian nilai rayuan BSH 2019 yang diterima adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah

page1image9320

Bawah RM2,000

RM2,001 – RM3,000

page1image12880

RM3,001 – RM4,000

Rayuan BSH 2019 Bagi Penerima Bayaran Fasa 1 (RM300)

RM700

RM450

RM200

Rayuan BSH 2019 Bagi Bukan Penerima Bayaran Fasa 1

RM1,000

RM750

RM500

Pembayaran rayuan BSH 2019 ini akan melibatkan hampir 220 ribu penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM120 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BSH 2019.

Sejumlah RM4.2 bilion telah disalurkan bagi keseluruhan fasa bayaran BSH 2019 (termasuk rayuan) kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan. Ia turut mengambil kira bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak yang melibatkan hampir 3.6 juta anak penerima BSH. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Sayangi Malaysiaku!


Information taken from bsh.hasil.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.