Penjarakan sosial dapat selamatkan Malaysia

Penjarakan sosial dapat selamatkan Malaysia

Penjarakan sosial (Social Distancing) hanya larangan menyeluruh pergerakkan di dalam negara kita, Malaysia. Ini adalah untuk memastikan penyakit Covid-19 tidak merebak dengan cepat. Kita masih boleh keluar beli makanan jikalau makanan di rumah sudah habis, tetapi dinasihatkan jangan keluar beramai-ramai. Kedai Makanan masih boleh buka, tetapi kita tidak boleh makan di kedai, bungkus makanan masih dibenarkan.

Kedai runcit masih buka, kita tak perlu takut tidak cukup pembekalan makanan. Jangan kita panik, kita hanya perlu memastikan kebersihan sendiri and keluarga kita, dan tinggal di rumah, jangan melibatkan diri dalam sebarangan perhimpunan ramai.

Jikalau kita semua kerjasama, pasti negara akan selamat daripada Covid-19. Malaysia Boleh, We can do it.


PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19,

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari; 

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; 

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti; 

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan 

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.