Tag Archives: Fara Pembayaran

Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Untuk Isi Rumah

Pemohon
– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia.
– Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Pasangan
-Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS).

Anak
– Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkay yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
– Ticak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
– 17 tahun dan ke bawah; atau
– 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi
Pengajian Tinngi Awam/Swasta

Untuk Bujang:

Pemohon
– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
– Jumlah pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
– Lelaki atau wanita yang berumur:
– 40 tahun hingga 59 tahun; atau
– OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Bantuan Sara Hidup – SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Bantuan Sara Hidup – SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
Tempoh meninggal dunia – 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)

Skim Khairat Kematian layak bagi Kategori Isi Rumah seperti berikut:

  1. Kahwin
  2. Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak
  3. Bujang berumur 60 tahun dan ke atas

Kelayakan SKK adalah seperti berikut:

Bantuan Sara Hidup - SKIM KHAIRAT KEMATIAN

  • Hubungan waris yang layak:
  1. Pasangan
  2. Pasangan
  3. Ibu
  4. Bapa
  5. Anak
  6. Adik-Beradik
  7. Cucu
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK:
  1. Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

Boleh semak Permohonan Bantuan Sara Hidup, BSH 2020

Permohonan Bantuan Sara Hidup, BSH 2020

Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
Elaun Pekerja Cacat
Bantuan Penjagaan OKU
Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
Bantuan Orang Tua
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
Permohonan melalui dalam talian
Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
Panduan Pengguna Pengisian Borang
Soalan Lazim (FAQ)

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Tarikh dan kaedah pembayaran
Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
Pengkreditan terus ke akaun; atau
Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

SKK BSH 2020
Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).

SKK BSH 2019
Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran

JADUAL PELAKSANAAN PEMBAYARAN FASA PERTAMA BSH 2020 DAN PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN BSH (LHDNM)

PEMBAYARAN FASA PERTAMA BSH 2020 DAN PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN BSH (LHDNM)

MENGIKUT ZON DAN KAWASAN PEDALAMAN NEGERI SABAH
(MASA PEMBUKAAN KAUNTER: 8.30 PAGI – 4.30 PETANG)

KAWASAN LOKASI TARIKH
KOTA BELUD DEWAN TUN SAID 08 Februari 2020
KUDAT PENTAS ESPLANAD 08 Februari 2020
KOTA MARUDU DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU 08 Februari 2020
PEJ DAERAH KECIL MATUNGGONG 08 Februari 2020
RANAU DEWAN MASYARAKAT RANAU 15 Februari 2020
BELURAN DEWAN TERBUKA PAITAN 15 Februari 2020
DEWAN SERBAGUNA LABUK 15 Februari 2020
KINABATANGAN DEWAN TERBUKA KUAMUT 15 Februari 2020
SILAM PEJ DAERAH KECIL TUNGKU 15 Februari 2020
SEMPORNA DEWAN SIDANG MD SEMPORNA 15 Februari 2020
KALABAKAN DEWAN DATO’ SRI NAJIB 22 Februari 2020
KENINGAU DEWAN MASYARAKAT TAMBUNAN 22 Februari 2020
SIPITANG PEJ DAERAH SIPITANG 22 Februari 2020
PENSIANGAN DEWAN SERBAGUNA NABAWAN 22 Februari 2020-
25 Februari 2020
BALAIRAYA PONONTOMON
BALAIRAYA PAGALUNGAN
MINI DEWAN PENSIANGAN