Tag Archives: I-Lestari KWSP

Panduan Permohonan Pengeluaran I-Lestari KWSP

KWSP members can withdraw RM500 per month for 12 months start from 1st April 2020

Apakah itu I-Lestari KWSP?

I-Lestari KWSP adalah suatu skim pengeluaran wang KWSP di mana pencarum di bawah umur 55 tahun boleh mengeluarkan wang KWSP Akaun 2 minimum RM 50 sebulan dan maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Skim ini diperkenalkan bagi membantu pencarum KWSP menghadapi wabak pandemik COVD-19 yang telah mengganggu punca pendapatan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bila Boleh Buat Permohonan?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Setelah lulus permohonan, anda akan menerima wang I-Lestari KWSP untuk tempoh 12 bulan.

Panduan Permohonan I-Lestari KWSP

Pertama, pergi ke web KWSP (https://www.kwsp.gov.my/ms/home) dan log masuk ke KWSP I-Akaun anda.


BANTUAN LAIN DI MALAYSIA

Bantuan Khas Covid-19

Bantuan Khas COVID 19

Panduan Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online

Panduan Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online


PENGUMUMAN KWSP AKTIFKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN I-LESTARI DARIPADA AKAUN 2 AHLI

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, “Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. ”

Tambah beliau, kelonggaran untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 ahli akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). Katanya lagi, “Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin. Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.”

Alizakri juga mengingatkan ahli tentang kepentingan menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial. “Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi. ”

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
23 Mac 2020


LAMPIRAN

Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

  1. Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
    1. Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
    2. Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
    3. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
    4. Untuk tempoh maksimum 12 bulan
  1. Pendaftaran:
    1. Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
    2. Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
  1. Permohonan Pengeluaran
    1. Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
    2. Permohonan secara  manual  akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
  1. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
  1. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.