Tag Archives: Perutusan khas Perdana Menteri

KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19

Perutusan Khas Perdana Menteri, PKP lanjut ke 28 April 2020

MITI telah memperhalusi sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

– tahap kepentingannya di dalam rantaian bekalan global (global value chain atau GVC) dan eksport negara. Langkah ini adalah untuk menjamin kestabilan aktiviti eksport;

– aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah (value-added multiplier) yang tinggi;

– impak ke atas kelangsungan PKS dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan; dan

– jumlah tenaga kerja yang terlibat.

– Industri Automotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

– Industri Mesin dan peralatan

– Industri Aeroangkasa

– Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

– Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
– (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

– Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

– Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

– Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

– Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri

Kerajaan bersetuju sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka secare berperingkat

Perutusan Khas Perdana Menteri, PKP lanjut ke 28 April 2020

“Kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.”

Sektor-sektor tertentu yang terpilih akan dibuka semula, tetapi PM mengatakan bahawa ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.

Teks Perutusan Khas YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, Perdana Menteri Malaysia