Tag Archives: SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi

Cara mendaftar MyTrace Malaysia

Cara mendaftar MyTrace Malaysia

Cara mendaftar MyTrace Malaysia di telepon bimbit anda. Sekarang hanya didapat di Android Playstore, iOS AppStore akan datang tidak lama lagi.

MyTrace merupakan aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. MyTrace membolehkan identifikasi individu yang pernah ada kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.

Kedua-dua aplikasi MySejahtera dan MyTrace adalah aplikasi yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MyTrace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Aplikasi ini membolehkan telefon bimbit yang berdekatan saling berkongsi beberapa data menggunakan teknologi Bluetooth. Data yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna disahkan positif COVID-19, pegawai KKM akan melakukan proses memuat naik data yang terkumpul daripada telefon bimbit pengguna ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.

Video untuk Cara daftar MyTrace Malaysia

SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi (versi 1 Mei 2020)

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN 1 Mei 2020, 11am sempena Hari Pekerja 2020

SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi (versi 1 Mei 2020)

1. Sektor Sukan dan Rekreasi

2. Sektor Pengangkutan dan Logistik

3. Sektor Makanan

4. Sektor Perkhidmatan Ikhtisas & Profesional

5. Sektor Pembuatan

6. Sektor Sosial

7. Sektor Minyak dan Gas

8. Sektor Perkhidmatan & Pelbagai

9. Sektor Peruncitan

10. Aktiviti Pajak Gadai & Kredit Koperasi

11. Sektor Agrikomoditi

12. Sektor Kewangan

13. Industri Pertahanan

14. Sektor Tenaga, Mineral & Perhutanan

15. Sektor Pertanian, Perikanan & Penternakan

16. Sektor Pendidikan

17. Sektor Pertanian, Perikanan & Penternakan

18. Sektor Komunikasi, Teknologi Maklumat & Industri Kreatif

19. Sektor Perhotelan, Kebudayaan & Kesenian