Cara-cara untuk Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing

Cara-cara untuk Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing

Cara-cara untuk Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing, adakah anda tahu?

Lepas dapat kelayakkan PSV, anda perlu tunggu sampai kereta anda dapat kelayakkan EVP daripada APAD, anda perlu hantar kereta anda ke Puspakom untuk pemeriksaan berkala, lepas pemeriksaan berkala puspakom baru dapat pembaharuan cukai jalan kenderaan.

Mengikut Peraturan E-Hailing, tempoh pembaharuan (6 bulan atau 1 tahun) cukai jalan untuk rakan pemandu E-Hailing bergantung kepada tarikh tamat terdekat dokumen-dokumen rakan pemandu di bawah.

  • Insurans E-Hailing
  • Permit Kenderaan E-hailing (EVP)
  • Puspakom Berkala (Jika kenderaan 3 tahun dan ke atas)
Apakah langkah-langkah untuk Pembaharuan Cukai Jalan E-Hailing?

Langkah 1 – Perbaharui EVP*
Langkah 2 – Perbaharui Puspakom Berkala**
Langkah 3 – Perbaharui Insurans
Langkah Akhir – Perbaharui Cukai Jalan

*Jika EVP tamat pada tahun ini
**Jika kenderaan 3 tahun atau lebih pada tahun ini

Pemeriksaan Kenderaan Puspakom (Berkala E-Hailing) merupakan syarat daripada Kementerian Pengangkutan bagi pemandu E-Hailing sekiranya kenderaan berusia 3 tahun ke atas.

Panduan Pemeriksaan Berkala Puspakom

Anda perlu buat temujanji dengan Puspakom sebelum hantar kereta untuk pemeriksaan berkala, temujanji boleh buat di https://www.mypuspakom.com.my/


Bayaran Yang Dikenakan Untuk Pemeriksaan Puspakom
  • Pemeriksaan E-Hailing Pertama = RM75 (Termasuk GST)
  • Pemeriksaan Semula sekiranya pemandu gagal di pemeriksaan awalan. Yuran tambahan ulangan adalah RM25
  • Pemeriksaan Berkala untuk memastikan kenderaan itu layak untuk perkhidmatan setiap tahun adalah RM55

Kereta di bawah 3 tahun tidak perlu pemeriksaan berkala di puspakom. Jika kenderaan anda lebih 3 tahun, anda perlu hantar kenderaan ke puspakom untuk pemeriksaan berkala (mesti temujanji online dulu).

Apabila anda start E-hailing Business, kereta anda tidak boleh membuat pembaharuan macam biasa, process sudah lain. Anda perlu buat pengisytiharan Kenderaan di JPJ isytiharkan kenderaan persendirian anda sebagai kenderaan e-hailing.

Proses ini melibatkan pengisytiharan kenderaan persendirian (AB/AD) kepada kenderaan persendirian e-hailing (AH). Pengisytiharan ini adalah perlu bagi setiap rakan-pemandu Grab seperti yang telah ditetapkan oleh JPJ bagi mengelakkan sebarang kegagalan dalam pembaharuan cukai jalan pada masa yang akan datang.

Sila rujuk di bawah untuk ketahui lanjut syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan semasa berurusan di kaunter JPJ.

Proses ini adalah percuma dan perlu untuk rakan-pemandu yang berdaftar di Semenanjung Malaysia sahaja.

a. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil

b. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/ Cawangan yang menjalankan aktiviti Pendaftaran dan Pelesenan kenderaan kecuali UTC

c. Maklumat EVP telah wujud di dalam sistem mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa

d. Laporan Pemeriksaan Berkala (VR1) PUSPAKOM telah wujud dalam mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa bagi kenderaan yang telah mencapai had usia tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran atau tahun ianya dibuat

e. Perlindungan insurans yang masih berkuatkuasa

a. Salinan kad pengenalan diri

b. EVP fizikal. Klik di sini untuk langkah memuat turun EVP fizikal anda

c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)

d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)

e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat

a. Salinan kad pengenalan Wakil dan Pemilik

b. EVP fizikal pemilik

c. Surat kebenaran (Surat Pelantikan Wakil) dari pemilik

c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)

d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)

e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat


Cara-cara untuk Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing

Senang saja jika anda ikut step yang saya tunjukkan,

  1. Pemeriksaan Berkala Puspakom (Geran, sijil temujanji, I/C anda)
  2. Renew Insurance anda (mesti pilih yang E-hailing Insurance)
  3. Renew Lesen Kenderaan Motor (Geran, Insurance Cover)
  4. Renew PSV untuk sama tarikh dengan Insurance, Lesen Kenderaan Motor. (perlu medical check up, gambar, EVP detail)

Lepas setel semua perkara atas, sila update semua document di Grab App.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *