Cara mendaftar MyTrace Malaysia

Cara mendaftar MyTrace Malaysia
Cara mendaftar MyTrace Malaysia di telepon bimbit anda. Sekarang hanya didapat di Android Playstore, iOS AppStore akan datang tidak lama lagi.
MyTrace merupakan aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. MyTrace membolehkan identifikasi individu yang pernah ada kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.
Kedua-dua aplikasi MySejahtera dan MyTrace adalah aplikasi yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MyTrace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.
Aplikasi ini membolehkan telefon bimbit yang berdekatan saling berkongsi beberapa data menggunakan teknologi Bluetooth. Data yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna disahkan positif COVID-19, pegawai KKM akan melakukan proses memuat naik data yang terkumpul daripada telefon bimbit pengguna ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
Video untuk Cara daftar MyTrace Malaysia

Application Bantuan Khas COVID 19 Bantuan KWSP Bantuan Perkeso Bantuan Prihatin Nasional Bantuan Sara Hidup Bantuan Sara Hidup Rakyat Blogger BSH BSH 2020 Business Solution Communication Country COVID-19 Cyberjaya Facebook Google HuaWei Information Instagram iPhone Kuala Lumpur Lifestyle Local News Malaysia Malaysia News MCO Solution My Sejahtera MySalam MyTrace Malaysia Negeri Sembilan News OPPO Prihatin Product Review Review Samsung SKIM KHAIRAT KEMATIAN Smart Device Smart Phone Social Media Technology Travel work Xiao Mi Youtube