Neelofa, suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail tidak didakwa rentas negeri keputusan Pejabat Peguam Negara

Neelofa, suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail tidak didakwa rentas negeri keputusan Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, pasangan terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau PU Riz, 26, dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu. Muhammad Haris juga menghadapi satu lagi tuduhan, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Source from BH Online

What you gonna say about it?