NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PENAMBAHBAIKAN ASET KRITIKAL DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 3

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PENAMBAHBAIKAN ASET KRITIKAL DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 3

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN PENAMBAHBAIKAN ASET KRITIKAL DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 3

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) akan dihenti tugas sementara pada 14 Julai 2020, jam 9.00 pagi untuk kerja-kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal di LRA tersebut. Berikutan itu, sebanyak 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan yang terjejas dan bergantung kepada lokasi premis pelanggan. Air Selangor menjangkakan bahawa LRA SSP3 akan beroperasi semula dan menyalurkan bekalan air kepada para pelanggan pada 15 Julai 2020, jam 9.00 pagi. Justeru itu, Air Selangor menjangkakan 48% daripada keseluruhan kawasan yang terlibat akan mula menerima bekalan air pada 16 Julai 2020, 9.00 pagi. Pemulihan bekalan air dijangka mencapai tahap 80% pada 17 Julai 2020, jam 9.00 pagi. Bekalan air akan pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat pada 17 Julai 2020, jam 5.00 petang.
Oleh yang demikian, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Bantuan bekalan air melalui lori tangki ke premis pelanggan atau kawasan perumahan hanya akan bermula pada 16 Julai 2020. Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Air Selangor juga akan membuka lapan (8) Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan menyediakan enam (6) Pili Air Awam mulai 16 hingga 17 Julai 2020 untuk kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air. Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di dua stesen pengisian air setempat. Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air tersebut di semua sepuluh (10) Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor. Senarai lengkap kawasan-kawasan terjejas, lokasi PKS, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Setempat turut dilampirkan bersama siaran media ini dan boleh diakses melalui saluran rasmi media sosial, laman sesawang serta aplikasi telefon pintar Air Selangor.
Pelaksanaan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di LRA SSP3 ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh merujuk laman sesawang Air Selangor atau aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App store.


SENARAI KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT & TEMPOH PEMULIHAN BEKALAN AIR 
WILAYAH PETALING 
9:00pg (14/7/2020) hingga 9:00pg (17/7/2020) 
1 Aman Putri 
2 Bandar Puchong Jaya 
3 Denai Alam 
4 Hicom Glenmarie 
5 Hyatt Saujana 
6 Jln. Puchong Batu 7 hingga Batu 13 
7 Jln. Subang Airport 
8 Kg. Bohol 
9 Kg. Lembah Kinrara 
10 Kg. Tengah Puchong 
11 Lembah Subang PJU 1A 
12 One Puchong 
13 Pinggiran USJ 
14 Pinggiran USJ 3 
15 PJS 1 hingga PJS 11 
16 Puchong Mesra 
17 Pusat Bandar Puchong 
18 Putra Avenue 
19 Putra Harmoni 
20 Putra Setia 
21 SIRIM 
22 SS 7, Kelana Jaya 
23 Tmn. Alam Sutera 
24 Tmn. Damai Utama 
25 Tmn. Kandan 
26 Tmn. Kasawari 
27 Tmn. Lake Edge 
28 Tmn. Maju Jaya 
29 Tmn. Metro Puchong 
30 Tmn. Perindustrian Puchong Utama 
31 Tmn. Puchong Indah 
32 Tmn. Puchong Perdana 
33 Tmn. Puchong Permai 
34 Tmn. Tasik Prima 
35 Tmn. Perindustrian 1 hingga 7 
36 TUDM Kinrara 
37 USJ 3A, USJ 3B, USJ 3C & USJ 3D 
38 USJ Height 
39 Zero Lot Temasya Glenmarie17 
9:00pg (14/7/2020) hingga 5:00pm (17/7/2020) 
40 Bandar Kinrara 
41 Glenmarie 
42 Kg. Pasir Batu 14 Jln. Puchong 
43 PPR Pinggiran Bukit Jalil 
44 SS12 hingga SS19, Petaling Jaya 
45 Subang Height 
46 Tmn. Amansari 
47 Tmn. Bukit Kuchai 
48 Tmn. Impian Indah 
49 Tmn. Kinrara 
50 Tmn. LTAT 
51 Tmn. Mutiara Bukit Jalil 
52 Tmn. Puncak Kinrara 
53 Tmn. Tenaga 

Business Business Solution Cafe Communication Cyberjaya Genting Highland Information Kuala Lumpur Local News Malaysia Malaysia News MCO Solution News Penang Putrajaya Review Travel work