Pemohonan i-SINAR KWSP ONLINE PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 bermula Disember 2020

Pemohonan i-SINAR KWSP ONLINE PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 bermula Disember 2020Daripada Laman Web KWSP,
KUALA LUMPUR, 14 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek. i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. Perincian lanjut mengenai pengeluaran i-Sinar dimaklumkan pada tarikh 18 November 2020.

Sehingga bila tempoh pengeluaran akaun 1?
Bermula Januari 2021 sehingga Disember 2021.

Berapa had pengeluaran akaun 1 i-SINAR?
Had adalah sebanyak RM500 sebulan.

Bagaimana cara SEMAKAN i-SINAR KWSP ONLINE?
Portal i-SINAR akan dilancarkan dalam masa terdekat

Bolehkah saya menukar jumlah pengeluaran yang diinginkan?
Boleh. Isi borang kemaskini pada portal yang bakal dilancarkan.

What you gonna say about it?