Pemohonan i-SINAR KWSP ONLINE PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 bermula Disember 2020

Pemohonan i-SINAR KWSP ONLINE PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 bermula Disember 2020Daripada Laman Web KWSP,
KUALA LUMPUR, 14 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek. i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. Perincian lanjut mengenai pengeluaran i-Sinar dimaklumkan pada tarikh 18 November 2020.

Sehingga bila tempoh pengeluaran akaun 1?
Bermula Januari 2021 sehingga Disember 2021.

Berapa had pengeluaran akaun 1 i-SINAR?
Had adalah sebanyak RM500 sebulan.

Bagaimana cara SEMAKAN i-SINAR KWSP ONLINE?
Portal i-SINAR akan dilancarkan dalam masa terdekat

Bolehkah saya menukar jumlah pengeluaran yang diinginkan?
Boleh. Isi borang kemaskini pada portal yang bakal dilancarkan.

Bantuan Khas COVID 19 Bantuan KWSP Bantuan Perkeso Bantuan Prihatin Nasional Bantuan Sara Hidup Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH BSH 2020 Business Solution ePenjana i-Sinar Information Kuala Lumpur Local News Malaysia Malaysia News MCO Solution My Sejahtera MySalam MyTrace Malaysia Negeri Sembilan News Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Prihatin Prihatin PKS+ Program Subsidi Upah Seremban Seremban 2 SKIM KHAIRAT KEMATIAN