Permohonan Bantuan Sara Hidup, BSH 2020

Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
Elaun Pekerja Cacat
Bantuan Penjagaan OKU
Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
Bantuan Orang Tua
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
Permohonan melalui dalam talian
Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
Panduan Pengguna Pengisian Borang
Soalan Lazim (FAQ)
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Tarikh dan kaedah pembayaran
Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
Pengkreditan terus ke akaun; atau
Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
SKK BSH 2020
Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
SKK BSH 2019
Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran

Bantuan Sara Hidup BSH BSH 2020 Communication Information Local News Malaysia Malaysia News News