Tabung Saringan Covid-19, Covid-19 Test Fund

Tabung Saringan Covid-19, Covid-19 Test Fund

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menubuhkan Tabung Ujian COVID-19 (CTF) bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19 untuk manfaat pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan.

Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan boleh memohon untuk pulangan balik sehingga RM300 untuk ujian saringan COVID-19 (satu pulangan balik bagi setiap individu) bagi memaksimumkan bilangan ujian yang boleh diberi oleh CTF.
Syarat-syarat & Kelayakan

Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah melakukan ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
Tuntutan CTF ini terhad kepada satu tuntutan bagi setiap pemegang polisi/sijil sahaja dan tempuh tuntutan ini sah sehingga 30 Jun 2021 atau awal dari tarikh tersebut, sekiranya dana tabung ini digunakan sepenuhnya.

Di bawah kelayakan CTF yang baru diperluas ini, mana-mana pemegang polisi insurans/ sijil takaful tanpa gejala berhak menuntut di bawah Kategori C, seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ).Nota: Bagi Orang yang Disiasat (PUI) (mereka yang berisiko atau dirujuk oleh doktor untuk menjalani ujian COVID-19 seperti yang ditentukan oleh KKM) dan ujian yang dilakukan kerana kemasukan ke Hospital untuk kes Kecemasan dan Separa Kecemasan, kadar pembayaran balik tetap tidak berubah iaitu maksimum RM300 setiap ujian bagi setiap individu.

Untuk pemohonan, boleh isikan form sini -https://myctf.my/webs/file/download/download_form_en.pdf

What you gonna say about it?