Touch n Go GO+ Kini Patuh Shariah dan boleh dapat 4% pa bonus sampai Jan 2022

Touch n Go GO+ Kini Patuh Shariah dan boleh dapat 4% pa bonus sampai Jan 2021

Touch n Go GO+ Kini Patuh Shariah dan boleh dapat 4% pa bonus sampai Jan 2021. Pada 16 Ogos 2021, Principal telah mengubah dan mengemaskini prospektus dana Principal e-Cash Fund ini. Objektif pelaburan telah ditukar kepada instrumen pasaran wang islam yang patuh shariah di mana penasihat syariah mereka adalah Amanie Advisor.

Kini satu lagi berita yang sangat bagus untuk anda semua, iaitu Touch n Go GO+ bermula dari 1 Nov 2021 sampai 31 Jan 2022 akan bagi anda lebih 4% pa diatas rate harian, syarat anda hanya perlu mempunyai RM200 atau lebih di dalam akaun GO+.

Contoh:
Rate harian – 1.47% pa (berbeza setiap hari)
Bonus Rate – 4.00% pa (tetap)
Jika anda mempunyai RM200 di akuan GO+ sebelum pukul 4pm setiap hari, anda akan dapat sebanyak 5.47% pa untuk jumlah wang yang anda letak di dalam GO+.

Bonus 4% pa ini hanya untuk siapa yang masukkan simpanan wang di GO+ sehingga mencapai jumlah RM4 juta, dan setiap akuan GO+ hanya boleh masuk jumlah MAX RM 9,500 sahaja.

Harap anda dapat menikmati bonus untuk peluang ini.


Jika Anda belum ada Touch n Go GO+ dan tak faham fungsi/kebaikkannya, mari I menerangkan untuk anda.

Ada tiga langkah untuk mengaktifkan ciri GO+ ini iaitu:
1. Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu menyerahkan ID dan maklumat peribadi
anda melalui Touch ‘n Go eWallet
2. Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet
3. Terima pengesahan bahawa pendaftaran anda berjaya, dan anda sudah boleh
memindahkan kredit anda ke GO+

Fungsi Go+ ni membolehkan anda memindahkan sebahagian baki dalam
akaun TNG eWallet (minima RM 10) untuk dilaburkan ke dalam dana amanah saham atau
sebahagian orang sebut sebagai unit amanah yang melabur ke dalam pasaran wang (money
market).

Pulangan pelaburan ke dalam pasaran wang ni hampir sama dengan simpanan tetap. Apa
yang membezakan ialah simpanan tetap mempunyai lock-in period iaitu satu tempoh tak
boleh keluarkan duit tetapi pasaran wang sangat cair yang boleh dikeluarkan bila-bila masa
dan kadar keuntungan adalah berdasarkan kadar keuntungan harian.

Sebab itu anda yang mempunyai bisnes, saya amat galakkan anda letak sebahagian wang
‘floating money’ syarikat anda ke dalam pasaran wang. Ianya memberi keuntungan yang hampir
sama dengan simpanan tetap tetapi dengan kecairan yang lebih tinggi.

What you gonna say about it?